L.O.V.E.A.R.T.R.O.C.K.N.R.O.L.L


Impak Teknologi dan Media Ke atas Perkembangan Seni Tampak di Malaysia- Tinjauan: Media Digital
October 17, 2008, 3:15 pm
Filed under: art, research | Tags: , , , , , ,

Sinopsis

Manusia dan teknologi sentiasa berkembang mengikut perkembangan, pemikiran, idea, aliran dan falsafahnya. Merujuk kepada penulisan journel Wan Jamarul Imran B. Wan Abdullah Thani: ” Terciptanya sesuatu yang baru sekarang ini bukanlah bermula dari yang tiada tetapi ia sebenarnya di beri pembahruan yang lebih maju dan berteknologi”.

Matlamat kajian ini adalah untuk memberikan pendedahan dan pengenalan terhadap perkembangan seni elektronik di Malaysia. Terdapat tiga tujuan dalam melaksanakan kajian ini, pertama mengkaji bagaimana faktor – faktor seperti politik, ekonomi, sosial yang telah mempengaruhi perkembangan seni moden di Malaysia seterusnya penglahiran seni elektronik di Malaysia, kedua mengkaji impak perkembangan teknologi dan media kepada pengkarya, dan ketiga menganalisa lima buah karya dari pengkarya iaitu Ismail Zain dan Hasnul Jamal Saidon.

Bab 2, akan menerangkan secara umum tentang sejarah perkembangan teknologi dan media di barat. Di dalam bab ini juga, dimuatkan mengenai pengenalan terhadap media digital iaitu komputer dan jenis-jenis isyarat yang digunakan dalam sistem komputer.

Bab 3, akan dimuatkan mengenai definasi pengkarya dan seni, dan seterusnya kajian yang agak khusus akan dilihat menerusi hubungkait teori Fredrick Antal dengan pendekatan kajian. Kajian terhadap seni lukis moden Malaysia akan dilihat secara umum untuk mengenal pasti faktor-faktor seperti politik, ekonomi dan sosial telah menyebakan perkembangan seni moden di Malaysia.

Bab 4, dalam bab ini penulis telah memuatkan ringkasan umum terhadap perkembangan seni elektronik di barat. Seterusnya, kajian yang khusus yang akan membincangkan tentang perkembangan seni elektronik di Malaysia, dari media komputer hinggalah seni video.

Dalam bab 5, penulis telah memilih dua orang pelukis untuk dikaji iaitu, Allahyarham Ismail Zain dan Hasnul Jamal Saidon. Tiga buah karya oleh Allahyarham Ismail Zain akan dikaji dari sudut perkembangan karya yang dilihat melalui faktor masa, iaitu karya pada 1967, 1983, dan 1988. Dua buah karya Hasnul J Saidon akan dikaji menerusi penggunaan media elektronik.


Wan Jamarul Imran B. Abdullah Thani., Penerimaan & Pengiktirafan: Teknologi Elektronik sebagai Alatan dan Media Baru dalam Seni Visual. (Laman web)

 

Advertisement

Leave a Comment so far
Leave a comment



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s



Follow

Get every new post delivered to your Inbox.